Thursday, November 20, 2008
Siri Kisah Nabi buat Young Islamika
Istimewanya Siri Kisah Nabi ini, ia menceritakan tentang kehidupan seorang nabi dari mula kelahiran sehingga kewafatannya di ceritakan dalam buku ini. Ia sesuai di baca oleh mereka yang belum mengenali nabi bagi mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang hidup mereka. Penulis yang berminat untuk menyumbang manuskrip dalam siri ini sila hubungi: asyuura@pts.com.my.
31 Siri Kisah Teladan.
Siri 31Kisah buat Young Islamika
Siri 31 Kisah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Kisah-kisah ini menceritakan tentang perkara yang berlaku pada era nabi dan para sahabatnya. Matlamatnya adalah mengetengahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian dan boleh dijadikan tauladan oleh adik-adik. Semoga buku-buku ini memberi manfaat dan menjadi buku koleksi untuk bacaan sekeluarga. Sasaran buku adalah adik-adik Young Islamika.
1. 31 Koleksi Kisah Teladan
2. 31 Koleksi Kisah Sahabat
3. 31 Koleksi Kisah Srikandi
4. 31 Koleksi Kisah Pahlawan
5. 31 Koleksi Kisah Tokoh
Produk LiYonTeen Islamika
Download the original attachment
KERTAS KONSEP: PRODUK KANAK-KANAK DAN REMAJA ISLAMIKA
Pengenalan
Pada awalnya, Islamika hanya menerbitkan karya yang difokuskan kepada pembaca dewasa samada karya kreatif atau non-kreatif. Islamika menggunakan jenama produk Hikmah khusus menerbitkan cerita-cerita sejarah, sirah, inspirasi dan teladan dalam bentuk kreatif. Sasaran pembaca masih lagi dewasa
Bagi memenuhi keperluan semasa, Islamika kemudian memulakan langkah menerbitkan karya yang ditujukan kepada pembaca remaja. Produk ini awalnya dinamakan Hikmah Remaja. Karya-karya yang diterbitkan adalah koleksi kisah-kisah sejarah, teladan dan tokoh-tokoh Islam.
Melihatkan sambutan pembaca remaja dan kanak-kanak terhadap buku-buku cerita Islami, Islamika mula meningkatkan usaha bagi membangunkan produk remaja secara lebih tersusun. Seorang editor diambil khusus bagi menguruskan produk ini.
Objektif
Menerbitkan judul-judul Islami untuk remaja dalam pelbagai bidang dan genre.
Mempersembahkan ilmu-ilmu Islam dengan cara yang menarik dan mudah untuk remaja
Menambahkan bahan bacaan agama untuk remaja dan kanak-kanak dengan persembahan dan pendekatan yang moden
Kumpulan Sasar
Teen Islamika : Remaja dalam lingkungan 17-20 tahun (jumlah halaman:200-350)
Young Muslim : Remaja dalam lingkungan usia 11-16 tahun (jumlah halaman: 140-200)
Little Muslim : Kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-10 tahun (jumlah halaman: 60-140)
Konsep dan Bidang Penulisan:
A. Koleksi Cerita
Nabi-nabi terdahulu – kisah dari sumber yang jelas dan otoritatif tanpa unsur Israeliyat.
Rasulullah – kisah-kisah sirah nabi
Sahabat – kisah sejarah, kepahlawanan, peribadi yang berkaitan dengan era sahabat
Sejarah empayar-empayar Islam – kisah-kisah ketokohan, kepahlawanan Islam
Kisah Teladan – kisah-kisah yang teladan yang berrkaitan dengan tokoh sufi dalam sejarah
B. Novel
Sejarah – novel yang bertemakan tokoh-tokoh Islam yang diolah untuk remaja dan kanak-kanak. Watak Utama adalah tokoh sejarah tersebut.
Fiksyen Sejarah – novel fiksyen yang berlatar belakang zaman sejarah islam. Contohnya, kisah fiksyen yang berlatar belakang zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Watak utama adalah rekaan, hanya fakta berkaitan kehidupan zaman tersebut sahaja benar.
Kontemporari – novel remaja dan kanak-kanak yang mengajar prinsip Islam, membetulkan tauhid, dakwah amar makruf dan nahi mungkar.
C. Pendidikan Islam
Menerangkan ilmu-ilmu dan ajaran Islam dengan cara dan pendekatan mudah, moden, santai sesuai dengan selera pembaca.
Menceritakan tentang keindahan Islam, konsep dan akhlak Islam
Buku yang mengajak pembaca kembali kepada gaya hidup, jalan dan ajaran Islam.
Menyemai kecintaan kepada Islam