Thursday, November 20, 2008

Produk LiYonTeen Islamika

Download the original attachment

KERTAS KONSEP: PRODUK KANAK-KANAK DAN REMAJA ISLAMIKA

Pengenalan

Pada awalnya, Islamika hanya menerbitkan karya yang difokuskan kepada pembaca dewasa samada karya kreatif atau non-kreatif. Islamika menggunakan jenama produk Hikmah khusus menerbitkan cerita-cerita sejarah, sirah, inspirasi dan teladan dalam bentuk kreatif. Sasaran pembaca masih lagi dewasa

Bagi memenuhi keperluan semasa, Islamika kemudian memulakan langkah menerbitkan karya yang ditujukan kepada pembaca remaja. Produk ini awalnya dinamakan Hikmah Remaja. Karya-karya yang diterbitkan adalah koleksi kisah-kisah sejarah, teladan dan tokoh-tokoh Islam.

Melihatkan sambutan pembaca remaja dan kanak-kanak terhadap buku-buku cerita Islami, Islamika mula meningkatkan usaha bagi membangunkan produk remaja secara lebih tersusun. Seorang editor diambil khusus bagi menguruskan produk ini.

Objektif

  1. Menerbitkan judul-judul Islami untuk remaja dalam pelbagai bidang dan genre.

  2. Mempersembahkan ilmu-ilmu Islam dengan cara yang menarik dan mudah untuk remaja

  3. Menambahkan bahan bacaan agama untuk remaja dan kanak-kanak dengan persembahan dan pendekatan yang moden

Kumpulan Sasar

Teen Islamika : Remaja dalam lingkungan 17-20 tahun (jumlah halaman:200-350)

Young Muslim : Remaja dalam lingkungan usia 11-16 tahun (jumlah halaman: 140-200)

Little Muslim : Kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-10 tahun (jumlah halaman: 60-140)

Konsep dan Bidang Penulisan:

A. Koleksi Cerita

  1. Nabi-nabi terdahulu – kisah dari sumber yang jelas dan otoritatif tanpa unsur Israeliyat.

  2. Rasulullah – kisah-kisah sirah nabi

  3. Sahabat – kisah sejarah, kepahlawanan, peribadi yang berkaitan dengan era sahabat

  4. Sejarah empayar-empayar Islam – kisah-kisah ketokohan, kepahlawanan Islam

  5. Kisah Teladan – kisah-kisah yang teladan yang berrkaitan dengan tokoh sufi dalam sejarah

B. Novel

  1. Sejarah – novel yang bertemakan tokoh-tokoh Islam yang diolah untuk remaja dan kanak-kanak. Watak Utama adalah tokoh sejarah tersebut.

  2. Fiksyen Sejarah – novel fiksyen yang berlatar belakang zaman sejarah islam. Contohnya, kisah fiksyen yang berlatar belakang zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Watak utama adalah rekaan, hanya fakta berkaitan kehidupan zaman tersebut sahaja benar.

  3. Kontemporari – novel remaja dan kanak-kanak yang mengajar prinsip Islam, membetulkan tauhid, dakwah amar makruf dan nahi mungkar.

C. Pendidikan Islam

  1. Menerangkan ilmu-ilmu dan ajaran Islam dengan cara dan pendekatan mudah, moden, santai sesuai dengan selera pembaca.

  2. Menceritakan tentang keindahan Islam, konsep dan akhlak Islam

  3. Buku yang mengajak pembaca kembali kepada gaya hidup, jalan dan ajaran Islam.

  4. Menyemai kecintaan kepada Islam















































































































0 comments: